Monday, 4 August 2014

Palestine - You're Not Alone!!

Palestine:You're Not Alone!! AllahuAkhbar!! 


Akum. Wrh. Wbt..

Bersama-sama kita mendoakan keselamatan saudara-saudara seislam kita yang kini teruk diserang tanpa henti oleh rejim zionis israel di palestine. Mereka ni bagaikan dajjal yg rakus membunuh seluruh rakyat palestine tak kira usia tua atau muda..dewasa atau kanak-kanak turut terkorban angkara rejim zionis laknatullah ini. Mereka membedil dengan senjata perang yang termoden dan memusnahkan rumah kediaman penduduk palestine, sekolah-sekolah, universiti, pusat bekalan tenaga elektrik, hospital-hospital dan juga tak terkecuali juga rumah-rumah perlindungan pelarian perang yg diuruskan oleh PBB.









Mereka menangkap kanak-kanak yang membaling batu ke arah mereka dan nasib kanak-kanak tersebut tidak diketahui entahkan hidup atau mati kerana tiada perkhabaran berita drpd mereka selepas itu. Peperangan di Palestine kini bukan lagi peperangan antara dua pihak yg bertelagah merebut hak bumi palestine tetapi saya melihatnya sekarang ini sebagai genocide atau kempen penghapusan kaum palestine dr bumi palestine secara terang-terangan dengan menggunakan alasan 3 orang warga israel telah diculik oleh pihak Hamas yang ntah betul tidak kesahihannya. Adakah dengan alasan ini mewajarkan mereka untuk membunuh lebih 1600 warga palestine tua dan kanak-kanak setakat hari ini??  Orang yang waras dpt menilai niat jahat israel kuffar di sebalik dakwaan mereka itu.

Jadi marilah kawan-kawan semua kalau kita tak mampu untuk bersama-sama syahid bersama-sama mereka di Palestine sekurang-kurangnya kita boleh membantu dengan memboikot barang-barang yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang secara langsung atau tidak lansung membantu menyalurkan dana keuntungan mereka kepada pihak rejim zionis israel.. Ingatlah kawan-kawan semua setiap sen yang kita belanjakan ke atas syarikat-syarikat ini adalah bagaikan membeli sebiji peluru pembunuh untuk dihalakan ke atas kanak-kanak warga palestine.

Di bawah ini ialah syarikat-syarikat yang membantu secara langsung atau tidak langsung kepada rejim zionis israel.





Sekian sahaja dari saya.


-=#prayforpalestine=-

No comments:

Post a Comment